Wednesday 8 April 2015

Menyambut hari lahir pada 6hb.April 2015, usia yang makin tua dan langkah yang kian makin lemah, begitu lah kehidupan, sedangkan cita cita masih banyak yang  tersimpan. Kalau ikutkan hati akan ku lahirkan seberapa banyak karya seni yang bermutu tinggi, tetapi apa kan daya dengan kudrat dan kuasa yang terhad. Aku tak ingin menjadi terkenal tetapi cukupkan sebagai insan seni yang punyai identiti sendiri. Seperti karya drama tv mahu pun ms nobel yang masih teersimpan yang masih belum ada penerbit berani menerbitkan nya, tetapi itu lah karya klu yang terlalu peribadi. Sepwerti karya lukisan ku, biar pun tidak bermutu pada pandangan orang, tetapi aku tetap bangga, ini lah sahaja abakat dan kebolehan ku, jika ada ayang sudi membeli harga boleh kita bincangkan, jika tak ada yang sudi aku tajk kisah, akan ku penuhkan galeri lukisan di rumah ku untuk tatapan anak cucu ku di masa depan, seperti juga siri siri drama tv yang belum pernah diterbitkan... itu lah karya ku dan aku bangga dengan diri ku.

Friday 6 March 2015

                                       
                                          KOD ; LA 0020
                                          TAJUK; IKAN KOI SIRI 3
                                          SAIZ; 60CM X 65 CM
                                          HARGA:
                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC 
Catitan;
Lukisan ini adalah karya peringkat awal dalam berkarya. Saya banyak menggunakan cahaya kuning untuk daun daun menggambarkan daun yang agak tua. Saya akui lukisan ini di buat secara terburu buru, tetapi kini ia nya telah siap di fremkan dan ada tersimpan dalam Galery Lukisan Saya.

Friday 27 February 2015

                                          KOD LUKISAN ; LA 0019
                                          TAJUK; BUKIT BATU KAPOR DAN LAGOON TERBIAR
                                          SAIZ; 92 CM X 63 CM
                                          HARGA:
                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC    

Sunday 15 February 2015

                                         
                                          KOD; LA 0018
                                          TAJUK; IKAN KOI 2
                                          SAIZ; 97 CM X 67 CM ( SIAP  FREM )
                                          HARGA;
                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC

                                          KOD: LA 0017
                                          TAJUK; PELABUHAN SENJA
                                          SAIZ LUKISAN ; 96CM X 66 CM (SIAP FREM)
                                          HARGA;
                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC

                                         
                                         KOD ; LA 0014
                                         TAJUK; SAWAH MENGUNING
                                         SAIZ: 96 CM X 64 CM (SIAP FREM)    
                                         HARGA:
                                         KAIN KANVES DAN ACRYLIC

Saturday 14 February 2015






                                          KOD LA;0016
                                          TAJUK; SAWAH MENGHIJAU
                                          SAIZ; 92CM X 62 CM
                                          HARGA;
                                          KAIN KANVES CAN ACRYLIC   

                                          KOD: LA 0015
                                          TAJUK ; AIR TERJUN
                                          SAIZ; 96 CM X 65 CM
                                          HARGA:
                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC 
CATITAN:
 Entah kenapa apabila melukis saya lebih banyak menggunakan warna hijau
berbanding dengan warna yang lain, mungkin warna hijau bagi saya amat sejuk
dan mendamaikan mata memandang. Lukisan ini telah dihasilkan lebih kurang
5 bulan yang lalu dan menjadi koleksi dalam galeri saya. Sekian untuk tatapan
peminat dan jika ada apa apa komen silakan, saya sedia menerima teguran
asalkan ia nya membina dan ikhlas,.

Wednesday 11 February 2015

                                        
                                          KOD ; LA 0013

                                          TAJUK; LUKISAN HIJAU
                           
                                          SAIZ; 65CM X 60 CM ( SIAP FREM )

                                          HARGA;

                                          KAIN KANVES DAN ACRYLIC















CATATAN PERJALANAN HIDUP;

Hari demi hari usia kita akan menjadi makin tua dan  bekalan tenaga kita akan makin berkurang, hari demi hari, begitu lah kehidupan insan bernama manusia. Dari  menulis kepada melukis, tentu ada sesetengah orang  merasa hairan kenapa di akhir usia begini saya mula meminati lukisan dan perlahan lahan meninggalkan dunia penulisan yang telah saya ceburi sekian lama,
Saya mula menulis awal tahun 1977 di mana ketika itu saya mula dihantar bertugas di Pejabat daerah Gua Musang atau Ulu Kelantan. Suasana daerah yang terpencil itu lah banyak memercik ilham untuk saya mengetuk mesin taip dan mencari idea. Ketika itu lah  saya mula  meminati drama radio, sajak dan cerpen. Hasil usaha gigih cerpen pertama saya tersuiar dalam tahun 1978 dalam akhbar Berita Minggu bertajuk : Anak Pak Ngah Seman. Sejak itu mula lah saya menulis , terutama bidang cerpen untuk majalah yang popular ketika itu ia itu majalah hiburan Varia pop, URTV, termasuk majalah Jelita, mastika juga akhbar Mingguan Malaysia.
Dan nama saya ketika itu agajk cepat naik juga apabila saya memenangi tempat ketika dalam Peraduan Cerpen Esso Gapena dengan cerpen : LAUT TIDAK BEROMBAK LAGI,
Bermula dari situ lah saya menulis dan terus menulis yang akhir nya mula berjinak dengan penulisan novel, yang mana novel pertama terbitan DBP tahun 1980 an bertajuk : Menanti Sinar. Cerita ini mengisahkan kegigihan peneroka tanah haram yang berusaha keras untuk mendapat tanah akhir nya banyak yang kecewa kerana usaha mereka telah di rampas oleh pemimpin pollitik yang curang dan kejam.

Sebagai penulis, saya melihat hidup ini penuh dengan kejujuran,bagi saya kalau nak menulis tulis lah yang benar dan dengan penuh kejujuran, walau pun dunia kini sudah terbalik, yang benar di kata salah dan yang salah pula di kata benar,
Satu Ungkapan yang selalu hidup dalam  ingatan saya berbunyi : Setiap manusia umpama bulan, punyai sisi gelap masing -masing yang tak pernah di tunjukkan kepada sesiapa pun., sekian selamat malam.

                                            KOD ; LA 0012
                                            TAJUK; OMBAK MENGGANAS                                            
                                            SAIZ; 95 CM X 64 CM

                                            HARGA;
                                            KAIN KANVES DAN ACRYLIC
                                              KOD: LA0011
                                              TAJUK ; OMBAK SENJA
                                              SAIZ; 92CM X 64 CM
                                              HARGA:
                                              KAIN KANVES DAN ACRYLIC  

Wednesday 4 February 2015

Lukisan : Senja Di Teluk


KOD LA 001 - SENJA DI TELUK
Saiz 105 cm x 66 cm
Harga : RM 550.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Lagoon Cantik


KOD LA 002 - LAGOON CANTIK
Saiz 107 cm x 63 cm
Harga : RM 550.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Layar Kuning Di Tengah Laut


KOD LA 003 - LAYAR KUNING DI TENGAH LAUT 
Saiz 108 cm x 64 cm
Harga : RM 400.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Bukit Batu Kapor


KOD LA 004 - BUKIT BATU KAPOR
Saiz 99cm x 71 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Ombak Di Pantai


KOD LA 005 - OMBAK DI PANTAI
Saiz 110 cm x 65 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Pusaran Ombak Di Pantai


KOD LA 006 - PUSARAN OMBAK DI PANTAI
Saiz 109 cm x 62 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Kapal Layar Di Malam Purnama


KOD LA 007 - KAPAL LAYAR DI MALAM PURNAMA
Saiz 108 cm x 67 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Ikan Koi


KOD LA 008 - IKAN KOI
Saiz 59 cm x 87 cm
Harga : RM 300.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Pelayaran Senja

KOD LA 009 - PELAYARAN SENJA
Saiz 99 cm x 74 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Lukisan : Senja Di Pulau Batu

KOD LA 0010 - SENJA DI PULAU BATU
Saiz 96 cm x 64 cm
Harga : RM 400.00
Kain kanvas dan Media Acrylic

Tentang Saya



Lokman bin Dollah, dilahirkan di Kampung Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan, West Malaysia.   

Meminati seni lukis sejak kecil lagi dan ketika masih dibangku sekolah, namun setelah tamat persekolahan dan berkerja, minat terhadap seni lukis terbiar begitu sahaja, walaupun dalam hatinya selalu merindui untuk menghasilkan lukisan yang sedap dimata.

Bukan sahaja melukis, pendek kata Lokman serba boleh, pernah menghasilkan novel antaranya bertajuk: Menanti di hujung malam, Di Sebalik Sinar Harapan, Tenang-tenang air di Kuala, Hanyalah Kenangan, mengemis kasih ibu, Wajah Wajah semalam, menanti sinar dan terakhir sekali Pulang. Dua lagi novel  bakal terbit ialah Laut Tidak berombak Lagi dan Kepulangan.

Manakala cerpen-cerpen beliau turut termuat dalam antoloji: Timur dan, Sayembara. Antoloji cerpen Persendirian pula ialah   Jalan Damai Untuk mu, Perkongsian dan  Harga Diri .

Di samping novel dan cerpen, beliau pernah bergiat dan menghasilkan drama  TV untuk RTM dan swasta, tetapi kini beliau lebih menumpukan masa untuk kerja melukis. baginya walau pun tidak pernah berguru dengan sesiapa pun dia hanya mencuba dengan bakat yang ada, melukis baginya memberi kepuasan yang tak terhingga dan dia rasa bangga dengan tugasnya.

Untuk masa akan datang beliau bercadang untuk mengumpul hasil lukisan rakan-rakan seangkatan untuk dipasarkan sebagai satu usaha yang murni untuk mengembangkan hasil kerja untuk tatapan umat sejagat.

Untuk waktu terdekat beliau mengkhususkan satu ruang di kediamannya untuk dibuat sebuah galeri  lukisan iaitu bertempat di Lot 1449, Kg Pauh Sembilan, 16050 Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Beliau boleh dihubungi menerusi :

Email: lokmandollah@yahoo.com / enlokmandollah@gmail.com

Face book: Lokman Abdullah

No telefon : 019 9812292