Wednesday 4 February 2015

Tentang Saya



Lokman bin Dollah, dilahirkan di Kampung Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan, West Malaysia.   

Meminati seni lukis sejak kecil lagi dan ketika masih dibangku sekolah, namun setelah tamat persekolahan dan berkerja, minat terhadap seni lukis terbiar begitu sahaja, walaupun dalam hatinya selalu merindui untuk menghasilkan lukisan yang sedap dimata.

Bukan sahaja melukis, pendek kata Lokman serba boleh, pernah menghasilkan novel antaranya bertajuk: Menanti di hujung malam, Di Sebalik Sinar Harapan, Tenang-tenang air di Kuala, Hanyalah Kenangan, mengemis kasih ibu, Wajah Wajah semalam, menanti sinar dan terakhir sekali Pulang. Dua lagi novel  bakal terbit ialah Laut Tidak berombak Lagi dan Kepulangan.

Manakala cerpen-cerpen beliau turut termuat dalam antoloji: Timur dan, Sayembara. Antoloji cerpen Persendirian pula ialah   Jalan Damai Untuk mu, Perkongsian dan  Harga Diri .

Di samping novel dan cerpen, beliau pernah bergiat dan menghasilkan drama  TV untuk RTM dan swasta, tetapi kini beliau lebih menumpukan masa untuk kerja melukis. baginya walau pun tidak pernah berguru dengan sesiapa pun dia hanya mencuba dengan bakat yang ada, melukis baginya memberi kepuasan yang tak terhingga dan dia rasa bangga dengan tugasnya.

Untuk masa akan datang beliau bercadang untuk mengumpul hasil lukisan rakan-rakan seangkatan untuk dipasarkan sebagai satu usaha yang murni untuk mengembangkan hasil kerja untuk tatapan umat sejagat.

Untuk waktu terdekat beliau mengkhususkan satu ruang di kediamannya untuk dibuat sebuah galeri  lukisan iaitu bertempat di Lot 1449, Kg Pauh Sembilan, 16050 Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Beliau boleh dihubungi menerusi :

Email: lokmandollah@yahoo.com / enlokmandollah@gmail.com

Face book: Lokman Abdullah

No telefon : 019 9812292

No comments:

Post a Comment