KOD LUKISAN ; LA 0019
TAJUK; BUKIT BATU KAPOR DAN LAGOON TERBIAR
SAIZ; 92 CM X 63 CM
HARGA:
KAIN KANVES DAN ACRYLIC
Friday, 27 February 2015
Sunday, 15 February 2015
Saturday, 14 February 2015
KOD: LA 0015
TAJUK ; AIR TERJUN
SAIZ; 96 CM X 65 CM
HARGA:
KAIN KANVES DAN ACRYLIC
CATITAN:
Entah kenapa apabila melukis saya lebih banyak menggunakan warna hijau
berbanding dengan warna yang lain, mungkin warna hijau bagi saya amat sejuk
dan mendamaikan mata memandang. Lukisan ini telah dihasilkan lebih kurang
5 bulan yang lalu dan menjadi koleksi dalam galeri saya. Sekian untuk tatapan
peminat dan jika ada apa apa komen silakan, saya sedia menerima teguran
asalkan ia nya membina dan ikhlas,.
Wednesday, 11 February 2015
CATATAN PERJALANAN HIDUP;
Hari demi hari usia kita akan menjadi makin tua dan bekalan tenaga kita akan makin berkurang, hari demi hari, begitu lah kehidupan insan bernama manusia. Dari menulis kepada melukis, tentu ada sesetengah orang merasa hairan kenapa di akhir usia begini saya mula meminati lukisan dan perlahan lahan meninggalkan dunia penulisan yang telah saya ceburi sekian lama,
Saya mula menulis awal tahun 1977 di mana ketika itu saya mula dihantar bertugas di Pejabat daerah Gua Musang atau Ulu Kelantan. Suasana daerah yang terpencil itu lah banyak memercik ilham untuk saya mengetuk mesin taip dan mencari idea. Ketika itu lah saya mula meminati drama radio, sajak dan cerpen. Hasil usaha gigih cerpen pertama saya tersuiar dalam tahun 1978 dalam akhbar Berita Minggu bertajuk : Anak Pak Ngah Seman. Sejak itu mula lah saya menulis , terutama bidang cerpen untuk majalah yang popular ketika itu ia itu majalah hiburan Varia pop, URTV, termasuk majalah Jelita, mastika juga akhbar Mingguan Malaysia.
Dan nama saya ketika itu agajk cepat naik juga apabila saya memenangi tempat ketika dalam Peraduan Cerpen Esso Gapena dengan cerpen : LAUT TIDAK BEROMBAK LAGI,
Bermula dari situ lah saya menulis dan terus menulis yang akhir nya mula berjinak dengan penulisan novel, yang mana novel pertama terbitan DBP tahun 1980 an bertajuk : Menanti Sinar. Cerita ini mengisahkan kegigihan peneroka tanah haram yang berusaha keras untuk mendapat tanah akhir nya banyak yang kecewa kerana usaha mereka telah di rampas oleh pemimpin pollitik yang curang dan kejam.
Sebagai penulis, saya melihat hidup ini penuh dengan kejujuran,bagi saya kalau nak menulis tulis lah yang benar dan dengan penuh kejujuran, walau pun dunia kini sudah terbalik, yang benar di kata salah dan yang salah pula di kata benar,
Satu Ungkapan yang selalu hidup dalam ingatan saya berbunyi : Setiap manusia umpama bulan, punyai sisi gelap masing -masing yang tak pernah di tunjukkan kepada sesiapa pun., sekian selamat malam.

Wednesday, 4 February 2015
Lukisan : Layar Kuning Di Tengah Laut
KOD LA 003 - LAYAR KUNING DI TENGAH LAUT
Saiz 108 cm x 64 cm
Harga : RM 400.00
Kain kanvas dan Media Acrylic
Lukisan : Pusaran Ombak Di Pantai
KOD LA 006 - PUSARAN OMBAK DI PANTAI
Saiz 109 cm x 62 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic
Lukisan : Kapal Layar Di Malam Purnama
KOD LA 007 - KAPAL LAYAR DI MALAM PURNAMA
Saiz 108 cm x 67 cm
Harga : RM 450.00
Kain kanvas dan Media Acrylic
Lukisan : Senja Di Pulau Batu
KOD LA 0010 - SENJA DI PULAU BATU
Saiz 96 cm x 64 cm
Harga : RM 400.00
Kain kanvas dan Media Acrylic
Tentang Saya
Lokman bin
Dollah, dilahirkan di Kampung Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan, West
Malaysia.
Meminati seni lukis sejak
kecil lagi dan ketika masih dibangku sekolah, namun setelah tamat persekolahan
dan berkerja, minat terhadap seni lukis terbiar begitu sahaja, walaupun dalam
hatinya selalu merindui untuk menghasilkan lukisan yang sedap dimata.
Bukan sahaja melukis, pendek kata Lokman
serba boleh, pernah menghasilkan novel antaranya bertajuk: Menanti di hujung
malam, Di Sebalik Sinar Harapan, Tenang-tenang air di Kuala, Hanyalah Kenangan, mengemis kasih ibu, Wajah
Wajah semalam, menanti sinar dan terakhir sekali Pulang. Dua lagi novel bakal terbit ialah Laut Tidak berombak Lagi
dan Kepulangan.
Manakala cerpen-cerpen beliau turut termuat
dalam antoloji: Timur dan, Sayembara. Antoloji cerpen Persendirian pula ialah Jalan Damai Untuk mu, Perkongsian
dan Harga Diri .
Di
samping novel dan cerpen, beliau pernah bergiat dan menghasilkan drama TV untuk RTM dan swasta, tetapi kini beliau lebih menumpukan masa untuk kerja melukis. baginya walau pun tidak pernah berguru dengan sesiapa pun dia hanya mencuba
dengan bakat yang ada, melukis baginya memberi kepuasan yang tak terhingga dan
dia rasa bangga dengan tugasnya.
Untuk masa akan datang beliau bercadang
untuk mengumpul hasil lukisan rakan-rakan seangkatan untuk dipasarkan sebagai
satu usaha yang murni untuk mengembangkan hasil kerja untuk tatapan umat
sejagat.
Untuk waktu terdekat beliau mengkhususkan
satu ruang di kediamannya untuk dibuat sebuah galeri lukisan iaitu bertempat
di Lot 1449, Kg Pauh Sembilan, 16050 Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.
Beliau boleh dihubungi menerusi :
Email: lokmandollah@yahoo.com / enlokmandollah@gmail.com
Face book: Lokman Abdullah
No telefon : 019 9812292
Subscribe to:
Posts (Atom)