CATATAN PERJALANAN HIDUP;
Hari demi hari usia kita akan menjadi makin tua dan bekalan tenaga kita akan makin berkurang, hari demi hari, begitu lah kehidupan insan bernama manusia. Dari menulis kepada melukis, tentu ada sesetengah orang merasa hairan kenapa di akhir usia begini saya mula meminati lukisan dan perlahan lahan meninggalkan dunia penulisan yang telah saya ceburi sekian lama,
Saya mula menulis awal tahun 1977 di mana ketika itu saya mula dihantar bertugas di Pejabat daerah Gua Musang atau Ulu Kelantan. Suasana daerah yang terpencil itu lah banyak memercik ilham untuk saya mengetuk mesin taip dan mencari idea. Ketika itu lah saya mula meminati drama radio, sajak dan cerpen. Hasil usaha gigih cerpen pertama saya tersuiar dalam tahun 1978 dalam akhbar Berita Minggu bertajuk : Anak Pak Ngah Seman. Sejak itu mula lah saya menulis , terutama bidang cerpen untuk majalah yang popular ketika itu ia itu majalah hiburan Varia pop, URTV, termasuk majalah Jelita, mastika juga akhbar Mingguan Malaysia.
Dan nama saya ketika itu agajk cepat naik juga apabila saya memenangi tempat ketika dalam Peraduan Cerpen Esso Gapena dengan cerpen : LAUT TIDAK BEROMBAK LAGI,
Bermula dari situ lah saya menulis dan terus menulis yang akhir nya mula berjinak dengan penulisan novel, yang mana novel pertama terbitan DBP tahun 1980 an bertajuk : Menanti Sinar. Cerita ini mengisahkan kegigihan peneroka tanah haram yang berusaha keras untuk mendapat tanah akhir nya banyak yang kecewa kerana usaha mereka telah di rampas oleh pemimpin pollitik yang curang dan kejam.
Sebagai penulis, saya melihat hidup ini penuh dengan kejujuran,bagi saya kalau nak menulis tulis lah yang benar dan dengan penuh kejujuran, walau pun dunia kini sudah terbalik, yang benar di kata salah dan yang salah pula di kata benar,
Satu Ungkapan yang selalu hidup dalam ingatan saya berbunyi : Setiap manusia umpama bulan, punyai sisi gelap masing -masing yang tak pernah di tunjukkan kepada sesiapa pun., sekian selamat malam.
No comments:
Post a Comment